Tuesday, January 24, 2012

resepi homemade kimchi


Salam..

Guess what?? Setelah lama mengidam kimchi, dan setelah berpeluang godek2 resepi kimchi kat internet, I have made my own kimchi! Yup, dan rasa dia, sedap! Macam kimchi yang makan kat kedai tu.Hehehe.

So nak resepi dia tak? Jang2~ Aku dapat ilham resepi kimchi dari blog ni (trimas bagi idea wat kimchi). Tapi aku ubah sikit, konon nak create my own version lah katakan hehe. So here goes:

Bahan2 kimchi (sukatan tertakluk kepada citarasa masing2):

Satu biji kubis cina - yg medium size
Lobak putih - yang kecil je, kalau nak letak banyak, beli lah yang besar
Garam - secukup rasa
Gula - 2 sudu besar
Daun bawang - 3 batang
Bawang putih - 7~8 clove
Halia - dalam seinci sebab nanti rasa dia kuat sangat
Chilli flakes (brand Giant) - letak dalam 3 sudu besar, kalau suka pedas, letak banyak lagi
Chilli powder (brand Baba's) - 2 sudu besar
Sos ikan - 4 sudu besar

- korang boleh ubah amount bahan2 ni, sebab dia depends on saiz kubis, lobak, atau kepedasan yang korang suka.
  1. Belah kubis kepada dua bahagian. Basuh bersih2. Jangan cerai2kan daun dia.
  2. Rendam kubis dalam air garam, sukatan garam tu depends on air banyak mana. Letak garam dalam air sampai air tu rasa macam air laut. Pastikan semua bahagian kubis tenggelam dalam air garam tu.
  3. Rendam kubis tu dalam 4-5 jam. Rasa kubis tu sama ada dah cukup masin tak. Rasa bahagian batang dia, kalau dah masin, means dah ok. Kalau belum, rendam lagi. Nak rendam semalaman pun boleh.
  4. After dah rendam, basuh/bilas kubis tu untuk hilangkan air garam. Then perah kubis tu macam korg perah kain. Pastikan takde air dalam kubis, kalau tak nanti kubis korang mungkin berkulat/rosak masa fermentation process nanti. Kalau tak boleh perah, tuskan je dalam sejam.

Sekarang, untuk sos pula:
  1. Bawang putih, halia, dikisar/cincang halus. Campurkan dengan chilli flakes, chilli powder, gula, daun bawang, lobak putih yang dah diparut, sos ikan. Gaul sampai sebati.
  2. Then ambil kubis dan lumurkan sos ke atas kubis, layer by layer. Pastikan semua daun kubis tu kena sos tu. Amaran: Jangan lumur pakai tanga nanti berapi tangan tu taktau naaaa.
  3. Then, masuk dalam bekas.

Fermentation process:
  1. Korang boleh pilih nak fermented kimchi or fresh kimchi. Fresh kimchi rasa dia kurang masam berbanding fermented kimchi. Fermented kimchi memang sangat sesuai buat kimchi jjigae (kimchi stew) or kimchi fried rice sebab rasa dia yang masam2.
  2. Bagi yang suka fermented kimchi, boleh lah biarkan bekas tu kat suhu bilik dulu. After sehari dua, dah boleh masuk peti ais.
  3. Bagi yang suka fresh kimchi, boleh straight masukkan kimchi tu dalam peti ais. Kimchi tu still akan continue fermenting, tapi lambat sikit lah dia jadi fermented kimchi.

Oopss ada gambar kimchi jjigae sekali lah. Hehe nak resepi? Tunggu next post ya. =D'

3 comments:

azzaharul azem said...

nak tanye la, kalo tak letak dlm fridge tak pe ke??

Shah Min Ho said...

nak tanye..kalau takde sos ikan boleh tak?..cadang nk buat malam ni

Cempaka Biru @ ally said...

awatlah tak balas komen diorang..kesian tau..:p...kalu x letak dlm fridge nnt jangka hayat dia pendek...sos ikan tu yg jd pencetus fermentation...infact diorang siap letak seafood as a replacement of sos ikan...

saya hanya tolong balas apa yg saya tahu...